Dasar Penghantaran
Terima kasih kerana mengunjungi, mendaftar dan membeli-belah di GUILTLESS SNACKS. Berikut adalah terma dan syarat yang membentuk Dasar Penghantaran kami.
DASAR PENGHANTARAN DALAM NEGERI
Anggaran masa penghantaran akan diberikan kepada anda setelah pesanan anda dibuat. Waktu penghantaran adalah anggaran dan bermula dari tarikh penghantaran, bukannya tarikh pesanan.
Waktu penghantaran hanya boleh digunakan sebagai panduan dan tertakluk kepada penerimaan dan persetujuan pesanan anda. Kecuali ada keadaan yang luar biasa, kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi pesanan anda dalam 2 ke 3 hari bekerja dari tarikh pesanan anda.
Hari perniagaan bermaksud Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti. Harap maklum bahawa kami tidak menghantar pada Sabtu (bergantung kepada pihak kurier) dan Ahad.
Tarikh penghantaran mungkin berbeza kerana dasar syarikat penghantaran atau pihak kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran, dan barang yang dipesan. Produk juga boleh dihantar dalam penghantaran yang berasingan.
Kami juga berhak menukar/menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran selain dari pilihan anda sekiranya kami dapati pihak tersebut tidak dapat menawarkan perkhidmatan mereka dengan baik. Penukaran adalah tanpa sebarang notis dan kos tambahan kepada anda.
DASAR PESANAN BACKORDER/PRE-ORDER/TEMPAHAN
Anggaran masa penghantaran bagi pesanan berstatus “backorder” adalah dalam waktu 7 ke 14 hari bekerja. Pihak kami akan menghantar pesanan anda dalam/atau setelah tempoh dinyatakan tamat. Ini adalah bergantung kepada stok, kapasiti pengeluaran, pesanan yang diterima, bahan-bahan mentah dan lain-lain yang berkaitan. Untuk makluman lanjut sila hubungi pihak kami.